Monday, March 12, 2007

sakit bila rasa diri diketepikan

aku merindui mu
benar aku tak tipu
aku merindui diri mu
merindui kehadiran mu

sakit rasanya bilamana aku merasakan
bahawa diriku tidak lagi penting bagimu
perit rasanya bilamana aku terpaksa
mendepani hari-hari suramku tanpa kau disisi

sedih kurasa takala
memikirkan diriku dipinggirkan
pilu yang tak dapat kugambarkan
pabila tiada khabar dari mu

sebak didada
bertakung mutiara jernih
tak berdaya ku rasa
pabila separuh dari diri ini
hilang

untuk sekian kalinya

sekali lagi aku terkilan
bila mana smsku tidak bjwb
sekali lagi aku dalam kesedihan
bila mana hati kecik ku terusik
sekali lagi aku hampir menangis
mengenang rindu yang tak kesampaian

sekali lagi pilu mengetuk pintu hatiku
sekali lagi kelopak matakku bergenang
sekali lagi ku rasa dunia ku bergegar
sekali lagi aku tewas...

untuk sekian kalinya
telah banyak air mata ku tumpah
(rupanya murah juga air mata ku)
angkara kamu
yang ku sayangi

untuk sekian kalinya
aku gagal mengawal diri sendiri
untuk sekian kalinya
aku bernafas dalam kesusahan
untuk sekian kalinya
aku merasa tidak berdaya
untuk sekian kalinya
aku merasa keseorangan