Assalammualaikum.
Salam Sejahtera.
Tahun silih berganti, baru kini aku perasan bahawa pernah ada satu blog yang ku cuba untuk menulis di dalamnya...
.
Apa yang dapat diungkapkan di sini..,
tentang hidup ku?
tentang diri ini?
tentang dunia?
tentang alam?
.
Jika tentang aku...
-iye, ku akui baru kini (tahun ini) aku berminat untuk bersosial dengan dunia luar melalui penglibatan ku dalam aktiviti running atau hiking.
-iye, ku akui tahun ini aku gagal lagi upgrade diri ini dalam bidang akademik.... Ya Allah, kuatkan, permudahkan, bantulah aku Ya Tuhanku... aaminn.
-iye, aku masih lagi sendiri. Rezeki, Jodoh Pertemuan Ajal Maut di tangan Tuhan.
-iye, aku memang mencari cinta dari Jodoh ku... sebenarnya sedang menunggu... hahaha... tapi tak buat apa-apa...
Jika tentang dunia..
-sekarang musim banjir. Negeri-negeri di Pantai Timur terjejas, semoga mereka yang terlibat dalam banjir dilindungi Allah.
(Sila rujuk portal berita)
Jika tentang alam..,
-kebakaran hutan di AS, berjaya dikawal
-sisa toksid di negara bertuah ini, draff undang-undang sedang di draf sebelum dibawa ke Parlimen
-beberapa lokasi pembuangan sampah haram dikenal pasti pihak penguatkuasa undang-undang.
(Sila rujuk portal berita)
.
.
.
nanti aku updated lagi...
angah-cyberjaya-5.12.2019